Pemacuan Tanpa Henti untuk Meningkatkan Kehidupan

Kami dipacu untuk berjaya. Di Flexsys, setiap seorang dari kami  dipacu untuk cemerlang, namun demikian di sebalik keazaman tersebut tersirat budaya bekerjasama, perkhidmatan cemerlang dan tumpuan terhadap para pelanggan. Kami telah bekerja keras demi membina sebuah persekitaran yang menggalakkan keterbukaan, kepelbagaian dan ia ditunjukkan di dalam perhubungan n kami dengan para pelanggan dan juga di dalam pasukan. Para pekerja kami mengambil berat tentang kerja serta rakan sekerja mereka. Kami mempunyai minda yang membina. Kami adalah sahih dan yakin, terbuka dan bersungguh, dan dipacu berterusan demi meningkatkan kehidupan para pelanggan kami dan satu sama lain.

Jika anda berminat untuk menyertai pasukan yang mendapat dorongan untuk berjaya dengan pelbagai peluang pembangunan serta faedah dan pampasan terbaik, sila layari jawatan kosong serantau kami di bawah.

Asia Pasifik, Amerika Utara & Amerika Latin

Lihat jawatan kosong kami dengan mengikuti pautan ini: lihat semua peluang pekerjaan.

Flexsys adalah majikan yang memberikan peluang saksama (EOE): Kami mengambil orang yang berkelayakan tanpa mengira bangsa/warna/ agama/jantina/orientasi seksual/identiti gender/kewarganegaraan / kecacatan atau kurang upaya. Kami menghargai kepelbagaian dalam tenaga kerja kami dan berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif dan mesra untuk semua. Kami tidak mentoleransi diskriminasi atau gangguan dalam apa jua bentuk.

Kami percaya dalam proses pengambilan pekerja dan promosi yang terbuka, telus dan berdasarkan kebolehan untuk semua, sama ada anda adalah pemohon dalaman atau luaran. Jika anda berminat untuk menyertai pasukan Flexsys, sila memohon di salah satu pautan pekerjaan terbuka di atas. (Sila berhati-hati dengan penipuan pengambilan pekerja. Flexsys tidak akan meminta calon atau pekerja membayar sebarang yuran pengambilan pekerjaan.)

Scroll to top